Tuesday, February 8, 2011

Makan, Makanan, pregnant & lelaki

Makan, makanan, pregnant dan lelaki...Hmmmm...kenapa la aku terasa nak mencoretkan sesuatu tentang ne ye. kalau tersalah harap maaf la .tapi itu sekadar pandangan dan pengalaman yang aku kutip tentang kehidupan ini.


Kita sebagai manusia yang normal, ada hati, perasaan dan nafsu mesti memerlukan dan dambakan perkara di atas. Aku??aku boleh katakan alhamdulillah aku ada semua perkara diatas. Aku??memang suka makan dan aku bukanlah orang yang memilih makanan. Dengan sebab itu juga la aku banyak berlaku perubahan berat badan dan bentuk badan. Owh..dah lama nak kurus.tapi hajat ne masih tak kesampaian. Sampai sekarang la aku masih membawa azam ini setiap tahun. Chaiyok!!masih belum terlambat.

Apabila bercakap tentang makanan kegemaran.Aku takde la spesifik pada sesuatu makanan. Semuanya aku makan. Susah juga ye. Pernah juga aku terfikir kenapa la selera makan aku tak pernah yang turun. Bila aku tengah kebosanan, hati tak tenang, dalam keadaan gembira, megandung....lagi la aku banyak makan. apa perlu aku lakukan...TIDAK!!!

Pregnant..hehehe..aku ada 2 orang puteri yang sedang membesar. Putera belum ada lagi. Bagi aku waktu mengandung ne best. Tak sabar nak tunggu permata hati keluar.hmmm...tapi pada waktu dan tika ini masih tidak mahu menambah kuantiti ahli keluarga. Walaubagai manapun..yang tak bestnya mengandung...aku mesti bertambah berat badan dan susah sangat nak turun. Kena berusaha lagi....

Lelaki?hehehe..best ke cerita pasal lelaki..masa zaman belum kahwin mesti best bercakap tentang lelaki kan?agaknya la...bagi aku..lelaki yang ada dalam hidup aku semuanya best. Berbeza dari segi karektor, rupa paras dan pendirian masing-masing....Suamiku, abah, along, adik dan abang ipar. You all semua mengajar aku tentang erti sebuah kehidupan. THANK YOU...

So, aku nak kaitkan semua perkara diatas. Salahkah kalau aku banyak makan sebab banyak makanan yang sedap? Salahkah bila aku mengandung aku berlaku perubahan berat badan? Kenapa la orang lelaki tak boleh menerima segala perubahan yang ada?Adakah kurus itu akan memberi jaminan ke atas kejayaan dan kebahagian???Bertambah tak faham aku bila sesorang menyuruh kita KURUS!Hehehehe...emosional la pulak (Jgn salah tafsiran dan anggapan ye...)

Walau apa pun....AKU TETAP MAHU Kurus. Bukan untuk APA?bukan untuk SIAPA? tapi memang aku nak kurus. AKU PUN NAK KELIHATAN cantik dan bergaya.Hehehe..Ianya adalah untuk diri sendiri. Demi kesihatan...

Lastly...jaga makan, makan makanan berkhasiat agar boleh melahirkan generasi masa depan yang berkualiti dan demi kebahagian keluarga yang berpanjangan. Semua orang suka sesuatu yang kelihatan cantik kan????Begitu juga aku....