Friday, May 21, 2010

"Happy Belated birthday"-nada menyanyi tau...

Hari ini adalah 21hb mei.Dah seminggu hari lahir aku berlalu.Tapi masih ada yang sayang rupanya...belated birhday di sambut di Pavilion.Kat food court.Tengok la kek yang diberikan kepada aku. So, ambil kesempatan nak ucapkan terima kasih kepada mereka ini iaitu DR. HIDAYAH, AIDA , SHA, ZIL DAN HIDAYAH (susunan ikut peringkat umur).

Perasaan?terkejut jugak ada kek...Tapi perasaan yang paling terbit dari lubuk ini adalah gembira (la..la..la..).Entah bila agaknya kenangan yang telah tersimpan ini akan berulang kembali. AKU HANYA ADA KAMU...(nak jugak buat puisi mcm K.Zakiah)...

AKU HANYA ADA KAMU

aku hanya ada kamu
bukan kerana aku keseorangan dan juga bukan kerana aku tidak punya teman
aku hanya ada kamu
bukan kerana hendak membodek atau saja memuji
aku hanya ada kamu
kadang-kala kehadiran kamu mendatangkan seribu kemanisan, kegembiraan,kekecewaan dan kesedihan
Namun aku tetap akan menyatakan aku hanya ada kamu
siapa kamu?mana asal kamu?apa status kamu?apa pangkat kamu?
aku hanya ada kamu
kamu adalah kebahagian, kegembiraan dan kekecewaan dalam hidup aku
aku hanya ada kamu
yang mana hari ini, esok, minggu depan,bulan lepas dan tahun sudah tetap abadi dalam diari hidup ku
aku tetap akan menyatakan
AKU HANYA ADA KAMU!

lastly...a lot of thank you and LOVE YOU ALL....



Thursday, May 20, 2010

My Life in Nutshell


Nutshell??What does that word mean? I must look it up in the dictionary. Now, i know what a nutshell is. Based on that, you will get to know me. My full name is Mazliadiyana Mazlan. I am a working mother and I have 2 beautiful princesses. I am interested in learning english especially with regards to communication skills. In order to achieve this goal, I attended an english course, bought a portable electronic dictionary and also subscribed to english magazines like Reader's Digest. I don't care about the cost. The most important thing is to learn english.

The course I attended said practice makes perfect. But my problem is i dont know how or where to start. My focus now is to improve my english communication skills. So, I took the first step buy sbscribing to Reader's Digest. From that magazine, I find words I check the meaning of new words in my dictionary. However, I found that my efforts did not bear any results. My communication skills still showed no improvement and remained at the same stage.

I would like to be a lecturer. I also want to pursue my masters degree. So, I need to find a scholarship. It is common knowledge that, if you want to be a lecturer and secure a scholarship you must be good in english, especially in communication. Besides that, this fact makes me scared and less confident to apply for any scholarship. Nevertheless, I want that position. So, what ever it is i must try and never give up.

In addition, i would like to teach my daugthers to speak and communicate well in english. That is why I don't care about the cost. Yet, I don't want to spend a lot a money without any good outcome. So, hopefully with this oppurtunity, I will make my dreams come true.






Friday, March 12, 2010

Cekodok dan Nasi Ayam..










Hari ne aku tak keje. Cuti jaga anak, sebab nenek gi pekan Pahang. So apa la nak masak bagi anak makan. Ye la nani suka makan. Lastly aku decide nak buat cekodok untuk breakfast. Cekodok ne aku ambik resepi daripada Pn. Maziah. Pn. Maziah ne adalah orang yang menjaga anak-anak aku. Anak-anak aku memanggilnya nenek. Kat sini aku nak kongsi resepi cekodok:

Bahan-bahan:
Tepung gandum, bawang,daun kuchai, telur, udang kering halus (udang pepai) (warna merah),garam dan air.

Cara-cara:
  1. Potong sederhana halus bawang dan daun kuchai
  2. Masukkan udang yang telah dibasuh
  3. Masukkan semua bahan tersebut ke dalam satu bekas dan kemudian tambahkan tepung
  4. Letak sedikit garam. Gaulkan dengan air
  5. Pecahkan sebiji telur dan gaul sehingga sebati
  6. Sedia untuk digoreng
untuk makan tengahari aku ingin masak nasi ayam. Aku sebenarnya tak pernah pun mencuba atau memasak nasi ayam. Di pendekkan cerita ne la percubaan pertama aku memasak nasi ayam. Setelah siap memasak..aku pun makan la nasi ayam aku ne. Rupanya 'not bad' dan rasanya pun takde la sedap sangat. Tapi boleh la kalau setakat nak makan sendiri. Masih tak setanding nasi ayam yang aku suka makan kat Restaurant sharifah di Bangi. Banyak yang perlu diperbaiki lagi. Macam ne la rupa nasi ayam pertama aku...teruskan usaha mencuba..

Thursday, March 11, 2010














Amnani Farhana bte Mohd Faizal. Puteri sulungku yang dilahirkan pada 22/08/2007. Pada masa itu usia ku adalah 25 tahun. Kelahiranya melengkapkan keluarga yang telah ku bina pada 27/05/2006. Menyoroti kisah kelahiranya...tiada yang luar biasa dari orang lain pun. Pengalaman melahirkannya menyebabkan aku berada di dalam wad bersalin selama 8 jam. Namun, alhamdullilah, aku selamat melahirkannya pada pukul 2.25 pagi. Nani..panggilannya. Kalau nak cerita tentang puteri sulung ku ne...memang la tak habis. Ada aja karenahnya yang mencuit hati...Pada tahun ini nani akan berusia 3 tahun. Cepat sungguh masa berlalu kan?








belajar...buat blog

Dalam hidup ini memang sentiasa nak dan kena belajar. Semua ini akan memberi seribu satu pengertian dan pengajaran. Inilah yang dinamakan pengalaman. 'EXPERIENCE'. Mahal harga perkataan ne. Ok la..straight to the point.Pengalaman hari ne adalah belajar buat blog ne. Walaupun umur dah mencecah 28 tahun,namun inilah blog ku yang bertama. So, firstly a lot of thank to Nur seriwani sebab bersabar. Siap bawa laptop lagi kat bilik seri. Lepas ne..ligat la aku coretkan dalam blog.Lastly enjoy your day!