Friday, March 12, 2010

Cekodok dan Nasi Ayam..










Hari ne aku tak keje. Cuti jaga anak, sebab nenek gi pekan Pahang. So apa la nak masak bagi anak makan. Ye la nani suka makan. Lastly aku decide nak buat cekodok untuk breakfast. Cekodok ne aku ambik resepi daripada Pn. Maziah. Pn. Maziah ne adalah orang yang menjaga anak-anak aku. Anak-anak aku memanggilnya nenek. Kat sini aku nak kongsi resepi cekodok:

Bahan-bahan:
Tepung gandum, bawang,daun kuchai, telur, udang kering halus (udang pepai) (warna merah),garam dan air.

Cara-cara:
  1. Potong sederhana halus bawang dan daun kuchai
  2. Masukkan udang yang telah dibasuh
  3. Masukkan semua bahan tersebut ke dalam satu bekas dan kemudian tambahkan tepung
  4. Letak sedikit garam. Gaulkan dengan air
  5. Pecahkan sebiji telur dan gaul sehingga sebati
  6. Sedia untuk digoreng
untuk makan tengahari aku ingin masak nasi ayam. Aku sebenarnya tak pernah pun mencuba atau memasak nasi ayam. Di pendekkan cerita ne la percubaan pertama aku memasak nasi ayam. Setelah siap memasak..aku pun makan la nasi ayam aku ne. Rupanya 'not bad' dan rasanya pun takde la sedap sangat. Tapi boleh la kalau setakat nak makan sendiri. Masih tak setanding nasi ayam yang aku suka makan kat Restaurant sharifah di Bangi. Banyak yang perlu diperbaiki lagi. Macam ne la rupa nasi ayam pertama aku...teruskan usaha mencuba..

Thursday, March 11, 2010














Amnani Farhana bte Mohd Faizal. Puteri sulungku yang dilahirkan pada 22/08/2007. Pada masa itu usia ku adalah 25 tahun. Kelahiranya melengkapkan keluarga yang telah ku bina pada 27/05/2006. Menyoroti kisah kelahiranya...tiada yang luar biasa dari orang lain pun. Pengalaman melahirkannya menyebabkan aku berada di dalam wad bersalin selama 8 jam. Namun, alhamdullilah, aku selamat melahirkannya pada pukul 2.25 pagi. Nani..panggilannya. Kalau nak cerita tentang puteri sulung ku ne...memang la tak habis. Ada aja karenahnya yang mencuit hati...Pada tahun ini nani akan berusia 3 tahun. Cepat sungguh masa berlalu kan?








belajar...buat blog

Dalam hidup ini memang sentiasa nak dan kena belajar. Semua ini akan memberi seribu satu pengertian dan pengajaran. Inilah yang dinamakan pengalaman. 'EXPERIENCE'. Mahal harga perkataan ne. Ok la..straight to the point.Pengalaman hari ne adalah belajar buat blog ne. Walaupun umur dah mencecah 28 tahun,namun inilah blog ku yang bertama. So, firstly a lot of thank to Nur seriwani sebab bersabar. Siap bawa laptop lagi kat bilik seri. Lepas ne..ligat la aku coretkan dalam blog.Lastly enjoy your day!