Thursday, March 17, 2011

AKIBAT TERSALAH LANgkah...

Apa nak buat apabila kita tersalah atau tersilap langkah? Apa susah..balik la ke pangkal jalan. Ikut jalan yang betul dan berhati-hati selalu. Betul la tu kan..tapi bukan senang nak balik semula jalan yang betul. Banyak keperitan yang perlu dilalui...

Aku rasa bermulanya bulan march hingga ke hari ini banyak dugaan dan kepayahan yang aku alami. Banyak perkara yang sentiasa bermain difikiran. Masa berjalan berfikir, masa makan pun berfikir...macamana nak settle masalah.

Akhirnya..masalah tak settle lagi tapi aku yang tersilap langkah...berbalut la kaki dengan bandage. Huhuhu sedihnya kaki terseliuh. Aku dapat mc 2 hari. berehat di rumah.

Aku berharap kaki ini cepat sembuh. Tak dapat nak masuk pertandingan netball pada 26hb march ne..Walau apa pun aku tetap bersyukur masih boleh berjalan dan terus berfikir. Alhamdulillah...

Wednesday, February 16, 2011

APABILA NANI RAJIN MENGEMAS....

Hmm....hari ahad yang lepas tak ke mana-mana. Al-maklum la. Mr. Husband keje. So, duduk la di rumah bersama anak-anak. nani takde kerja lain. Asyik tengok cerita kartoon aja. Leya pulak kerja mengacau semua orang. Aku? apa lagi layan cerita korean la...Bila anak-anak bermain, habis semua permainan dikeluarkan dan bertaburanlah di sana sini.

Bila suruh nani kemas, banyak aja alasannya. Nanti la..lepas habis cerita ne. Dari satu cerita ke cerita yang lain. Bila dah malam nak tido barulah dia nak kemas. Tapi ikut mood jugak. Kebanyakkan moodnya malas. Tapi pada malam tu bila suruh dia kemas terus dia cakap "baik ibu". Bukan sahaja kat tempat permainan yang dia kemas tapi kat tempat meja study pun dia kemas. Siap ada decoration lagi. Tak sangka la pulak.

Pada malam dia kemas tu tak la tengok apa dia buat kat bilik study. Kat tempat main dia ok la..kemas mcm biasa. Ini lah hasil yang telah nani buat kat bilik study....boleh la di banggakan..untuk budak yang berusia 3 tahun setengah ne...




Nani buat decoration dengan mengambil tabung camel dan diletakkan bersebelahan set warnanya...




Bukan nak tunjuk jenama tersebut. Just nak tunjuk decoration yang telah dibuat. Kotak itu sebenarnya nak dibuang...

Tuesday, February 8, 2011

Makan, Makanan, pregnant & lelaki

Makan, makanan, pregnant dan lelaki...Hmmmm...kenapa la aku terasa nak mencoretkan sesuatu tentang ne ye. kalau tersalah harap maaf la .tapi itu sekadar pandangan dan pengalaman yang aku kutip tentang kehidupan ini.


Kita sebagai manusia yang normal, ada hati, perasaan dan nafsu mesti memerlukan dan dambakan perkara di atas. Aku??aku boleh katakan alhamdulillah aku ada semua perkara diatas. Aku??memang suka makan dan aku bukanlah orang yang memilih makanan. Dengan sebab itu juga la aku banyak berlaku perubahan berat badan dan bentuk badan. Owh..dah lama nak kurus.tapi hajat ne masih tak kesampaian. Sampai sekarang la aku masih membawa azam ini setiap tahun. Chaiyok!!masih belum terlambat.

Apabila bercakap tentang makanan kegemaran.Aku takde la spesifik pada sesuatu makanan. Semuanya aku makan. Susah juga ye. Pernah juga aku terfikir kenapa la selera makan aku tak pernah yang turun. Bila aku tengah kebosanan, hati tak tenang, dalam keadaan gembira, megandung....lagi la aku banyak makan. apa perlu aku lakukan...TIDAK!!!

Pregnant..hehehe..aku ada 2 orang puteri yang sedang membesar. Putera belum ada lagi. Bagi aku waktu mengandung ne best. Tak sabar nak tunggu permata hati keluar.hmmm...tapi pada waktu dan tika ini masih tidak mahu menambah kuantiti ahli keluarga. Walaubagai manapun..yang tak bestnya mengandung...aku mesti bertambah berat badan dan susah sangat nak turun. Kena berusaha lagi....

Lelaki?hehehe..best ke cerita pasal lelaki..masa zaman belum kahwin mesti best bercakap tentang lelaki kan?agaknya la...bagi aku..lelaki yang ada dalam hidup aku semuanya best. Berbeza dari segi karektor, rupa paras dan pendirian masing-masing....Suamiku, abah, along, adik dan abang ipar. You all semua mengajar aku tentang erti sebuah kehidupan. THANK YOU...

So, aku nak kaitkan semua perkara diatas. Salahkah kalau aku banyak makan sebab banyak makanan yang sedap? Salahkah bila aku mengandung aku berlaku perubahan berat badan? Kenapa la orang lelaki tak boleh menerima segala perubahan yang ada?Adakah kurus itu akan memberi jaminan ke atas kejayaan dan kebahagian???Bertambah tak faham aku bila sesorang menyuruh kita KURUS!Hehehehe...emosional la pulak (Jgn salah tafsiran dan anggapan ye...)

Walau apa pun....AKU TETAP MAHU Kurus. Bukan untuk APA?bukan untuk SIAPA? tapi memang aku nak kurus. AKU PUN NAK KELIHATAN cantik dan bergaya.Hehehe..Ianya adalah untuk diri sendiri. Demi kesihatan...

Lastly...jaga makan, makan makanan berkhasiat agar boleh melahirkan generasi masa depan yang berkualiti dan demi kebahagian keluarga yang berpanjangan. Semua orang suka sesuatu yang kelihatan cantik kan????Begitu juga aku....

Monday, January 31, 2011

BENGKEL TUDUNG-31/01/11

Hari Ahad (31/01/11), aku belajar jahit tudung. Hmmmm...actually takde la pandai sangat menjahit. Aku rasa last aku pegang mesin jahit masa form 3. itu pun sebab ambil subjek ekonomi rumahtangga. nasib baik aku satu kumpulan kak engku Noraini. Dia memang ambil tempah jahit baju.Banyak benda la tanya dia.

Masa bengkel tu, kami diajar jahit tudung ala-ala ariani dan buat anak tudung syria 2 tone. Tudung aku buat tu...nampak la bentuk tudungnya.tapi...kalau nak pakai.....hmmmm....tak sesuai. I jahit tak rata pun..Tapi kalau nk suruh ajar..takde masalah..

So, start from now..nak beli mesin jahit. Lepas ne giliran kursus menjahit plak. Itu ambil masa 3-4 bulan..lepas ne tak payah susah-susah hantar baju kat orang. boleh jahit sendiri.

Aku belajar menjahit ne bukan apa..sekurang-kurangnya ada juga kemahiran dalam diri ini.Minat sangat tu tidak la.Tapi suka.terfikir jugak,kalau la kena buang kerja, boleh la minta kerja sebagai tudung jahit. bengkel ini siap dengan sijil sekali.

Dah la.. semalam hujan tanpa henti. Kesian suami dan anak-anak aku tak makan..Hahaha..sudahnya balik aku beli nasi ayam sampai 5 bungkus. Tapi bila tanya anak aku diorang kata dah makan. Ayah masak bubur nasi campur daging. Bukan apa aku tengok kat dapur takde yang tinggal pun.Thank you la abang.

Tapi yang tak tahannya kalau husband aku jaga nak, mesti anak-anak akan pakai baju yang tak tentu arah. Waktu siang pakai baju tidur. Adiknya pulak pakai baju kakaknya. Katanya..asal ada.Janji pakai baju. Malas nak cari-cari..Tak kisah la...Thank you...once again.