Wednesday, February 16, 2011

APABILA NANI RAJIN MENGEMAS....

Hmm....hari ahad yang lepas tak ke mana-mana. Al-maklum la. Mr. Husband keje. So, duduk la di rumah bersama anak-anak. nani takde kerja lain. Asyik tengok cerita kartoon aja. Leya pulak kerja mengacau semua orang. Aku? apa lagi layan cerita korean la...Bila anak-anak bermain, habis semua permainan dikeluarkan dan bertaburanlah di sana sini.

Bila suruh nani kemas, banyak aja alasannya. Nanti la..lepas habis cerita ne. Dari satu cerita ke cerita yang lain. Bila dah malam nak tido barulah dia nak kemas. Tapi ikut mood jugak. Kebanyakkan moodnya malas. Tapi pada malam tu bila suruh dia kemas terus dia cakap "baik ibu". Bukan sahaja kat tempat permainan yang dia kemas tapi kat tempat meja study pun dia kemas. Siap ada decoration lagi. Tak sangka la pulak.

Pada malam dia kemas tu tak la tengok apa dia buat kat bilik study. Kat tempat main dia ok la..kemas mcm biasa. Ini lah hasil yang telah nani buat kat bilik study....boleh la di banggakan..untuk budak yang berusia 3 tahun setengah ne...




Nani buat decoration dengan mengambil tabung camel dan diletakkan bersebelahan set warnanya...




Bukan nak tunjuk jenama tersebut. Just nak tunjuk decoration yang telah dibuat. Kotak itu sebenarnya nak dibuang...

No comments: