Friday, March 12, 2010

Cekodok dan Nasi Ayam..










Hari ne aku tak keje. Cuti jaga anak, sebab nenek gi pekan Pahang. So apa la nak masak bagi anak makan. Ye la nani suka makan. Lastly aku decide nak buat cekodok untuk breakfast. Cekodok ne aku ambik resepi daripada Pn. Maziah. Pn. Maziah ne adalah orang yang menjaga anak-anak aku. Anak-anak aku memanggilnya nenek. Kat sini aku nak kongsi resepi cekodok:

Bahan-bahan:
Tepung gandum, bawang,daun kuchai, telur, udang kering halus (udang pepai) (warna merah),garam dan air.

Cara-cara:
  1. Potong sederhana halus bawang dan daun kuchai
  2. Masukkan udang yang telah dibasuh
  3. Masukkan semua bahan tersebut ke dalam satu bekas dan kemudian tambahkan tepung
  4. Letak sedikit garam. Gaulkan dengan air
  5. Pecahkan sebiji telur dan gaul sehingga sebati
  6. Sedia untuk digoreng
untuk makan tengahari aku ingin masak nasi ayam. Aku sebenarnya tak pernah pun mencuba atau memasak nasi ayam. Di pendekkan cerita ne la percubaan pertama aku memasak nasi ayam. Setelah siap memasak..aku pun makan la nasi ayam aku ne. Rupanya 'not bad' dan rasanya pun takde la sedap sangat. Tapi boleh la kalau setakat nak makan sendiri. Masih tak setanding nasi ayam yang aku suka makan kat Restaurant sharifah di Bangi. Banyak yang perlu diperbaiki lagi. Macam ne la rupa nasi ayam pertama aku...teruskan usaha mencuba..

No comments: